Satu ekspedisi panjat Gunung *****
diadakan dan dianggotai oleh 12 orang pemuda. Durasi perjalanan makan masa
seminggu. Untuk memulakan perjalanan, mereka kena lalu hutan tebal sebelum
seberang 7 bukit kecil baru sampai ke kaki gunung. Perjalanan hari pertama bermula
dari hutan tebal sampailah ke bukit ketiga. Takdak apa sangat, takat seorang
dua takut lintah dan pacat, benda biasa la dok jungle trekking hutan tebal
rainforest Malaysia ni. Mau takut lintah dan pacat lautan pokok usah direnangi
kata ketua kumpulan. Pada keesokan harinya, di bukit keempat satu peristiwa
terjadi jadi.
Macam biasa dalam satu ekspedisi
mesti ada sorang mat cakap banyak bajet berani suka cakap besar, bagaikan dah
jadi satu syarat pulak. Dia habaq kata "Ah bak datang segala jin puaka
iblis setan Lucifer Baal Angra Mainyu Mewtwo dekat depan. Aku tak takut. Aku
tak percaya semua itu" dengan gaya Anak Sazeli dan tiba2 lagu Sheila on 7
- Berhenti Berharap kedengaran sambil terdengar bait pertama iaitu "Aku
tak percaya lagi ..." Rupa-rupanya lagu itu memang background muzik yang
saya letak, saja nak bagi nampak keadaan macam mana. Maka mat cakap besar ini
pun sembang lebat manakal member-member dia yang lain pulak pendam perasaan
mohon ada sapa-sapa tolong ajar beliau maka senang cerita hajat mereka ini
termakbul bila depa berenti lepak sat kat satu perdu pokok. Bukit keempat ni
mencabar sebab hutan dia tebal dan jarang orang lalu, jadi orang kata tempatnya
keras sikit. Ketua kumpulan, Ahmad Cinta Kosmik atau nama timangan, Met memberi
larangan supaya menghormati kawasan hutan. Member-member yang lain semua lawan
angguk. Mat cakap besar, kita namakan sebagai Ren sebagai mat rebel, Ren
buat-buat angguk tapi mahu rebel. Hal ini kerana sebagai mat metulz yang
sejati, scene against everything ialah WAJIB jadi dia pun melawan larangan Met.
Maka alkisah bermula kisah Ren
apabila dia nak terkencing akibat minum ayaq bekai yang dikirim maknya kepada
adik dia tapi dia rembat sebab dia hari tu ada bergaduh dengan adik dia pasai
sapa lagi hensem sama ada Tan Sri Shah Rukh Khan (masa ni SRK dah dapat Tan Sri
sebab dia jemput Anwar jadi villain dalam cerita dia Tok.ONE) ataupun abiang
Aamir Khan. Dia bantai ayaq berlebihan pasai suka cakap banyak. Oleh sebab itu
dia pun cari port pi kencing. Jadi dia jalan punya jalan akhirnya dia jumpa
satu pokok besar. Dia tengok kat tengah pokok tu ada lubang. Mula la dia pikiaq
bukan-bukan seperti kebarangkalian lubang pokok itu mungkin akan membawanya
pergi jumpa Raja Oberon, raja segala Peri-peri ataupun mungkin lubang itu
terbentuk akibat pengaruh Yahudi yang cuba memusnahkan umat Islam. Mungkin juga
pokok ini pokok gharqad yang dikatakan digunakan oleh orang Yahudi untuk
bersembunyi, satni mau kencing dalam lubang tu keluaq Avraham Ben Talib ka,
Bart Morf ka, Jihadi Jew ka, mampuih. Tapi sebagai mat metulz sejati yang
punyai semangat jati diri yang tinggi hasil didikan Pandu Puteri, dia kena
settlekan apa yang diniatkan sambil dia kencing maka dia bersiul lagu Ahmad Jais
- Budi Setahun Segunung Intan yang dicover oleh Mindblank di Youtube sebelum
kena dislike sebanyak 1 juta rakyat Malaysia akibat “terlampau sedap sama taraf
dengan LNJ Parody” untuk menghilangkan rasa sunyi.
Sekarang kita alihkan kamera ke
sekumpulan pengembara ekspedisi mencari Mutiara Naga yang masih lepak sambil
setun tunggu Ren balik kencing. Met dah start gelisah sebab lama sangat. "Anak
Aaron punya Ren, dia ni pi kencing ka buat ayaq kencin" katanya dengan
penuh sopan santun ala2 lelaki Melayu terakhir iaitu Saiful Butthari. Orang
lain ketawa paksa takut satni Met dok buat gila rimbuk depa kot tengah hutan
walhal depa lagi ramai dari dia. Maka setelah 15 minit depa tunggu akhirnya
depa ambil keputusan untuk cari Ren setelah sedar dari setun. Depa berpecah
secara individu tapi cari kat kawasan dekat-dekat sebab depa ni bukannya cukup
ilmu magik sangat mau satni kena berdepan dengan makhluk-makhluk yang tinggal
dekat hutan tu. Mana tau kot sat lagi terbit Godzilla ka, Ibrahim Ali ka,
Panglima Ludah ka, paling teruk pun Rajnikahn. Cari punya cari nak habaq mai
haram tak jumpa. Ish. Maka Met sebagai seorang pemimpin mahasiswa di university
yang pernah bok turun bendera muka Tok Det masa riot hari tu sampai kena ugut
ludah oleh Panglima Ayaq Liuq, yang berdedikasi berwawasan dan bercita2 untuk
menggantikan Pak Lah menjadi PM Islam Hadhari,memutuskan untuk menghentikan
seketika pencarian Ren kerana hari nak malam. Tobat mana nak jumpa orang dalam
kelam malam. Esok pagi depa meneruskan pencarian.
Salah seorang ahli depa, Mot,
terserempak dengan kelibat aneh ketika dalam proses mencari. Sambil menyanyikan
lagu Merong 5 – Lembu Nak Jaga dia cuba menyiasat apakah asal usul kelibat aneh
itu, maka dia pun terus menyiasat bagaikan Sherlock Holmes yang sedang
menyiasat kes bunuh model Mongolia tanpa Watson. Lalu kelibat itu hilang dalam
timbunan semak bersama pekat petang. Hati Mot mula gusar. Dia berasa menyesal
kerana berenti belajaq taekwando lepas tali pinggang kuning. Dia juga menyesal
sebab tak mengorat awek tuition Pak Mat masa dia darjah lima dulu. Dia juga
menyesal Lisa Surihani nak kawin dengan Yusri. Tapi apakan daya masa tak akan
kembali hancur musnahlah semuanya, dia pasang jugak kuda-kuda walaupun dalam
taekwondo takdak kuda-kuda, yang ada cuma stance K-Pop ala Super Junior dok
standby nak menari masa klip video Mr Simple dijalankan, sambil membaca doa
makan kerana dia lupa ayat Kursi yang diajar oleh Ustaz Idrus semasa mengaji di
UiTM dulu. Dia menyesal dia tidak ambil peduli tentang kepentingan ayat Kursi
dan ambil sambil lewa tentang ayat hafazan Tingkatan 3 yang penting itu. Nasib
baik member dia, Nyu sanggup menolongnya dengan [maaf penulis diugut supaya
jangan habaq macam mana, satni budak-budak sekolah pakat tiru mampuih semua
ustaz cari ana]. Makanya dia pun memberi salam kepada kelibat itu
"Salam". Takdak reaksi. Dia bagi lagi dua kali tak menjadi. Menurut
ketua pemuda UMNO kawasan Taman Ira, abiang A. Amran [bukan nama kat Twitter] kalau
bagi salam 3 kali tak jawab cuba try bagi salam 1malaysia pulak. Maka dia pun
turutkan nasihat bijaksana itu. Ternyata akhirnya membuahkan hasil bila dia
dengar "Wasalam 1Malaysia" dari kelibat itu. Kelibat itu tiba-tiba
terbit dari belakang sambil memegang tangan Mot erat-erat dan berkata bahasa
yang pelik yang sukar diungkap dalam 3 kata nyanyian bakal laki Lisa Surihani
dan adik-beradik. Akhirnya Mot kata "Woi aku tak reti bahasa alien
la!" "Lulz, owunk melayew rupenyew" kata orang asli itu.
Rupanya dia memang orang asli tapi
wempitz sket. Namanya Tor, dia berasal dari kampung orang asli yang berdekatan
dengan situ. Dia sedang mencari daun ketum untuk dibuat minum petang. Setelah
berkenalan selama 23 minit 58 saat mereka pun seiring dan sejalan seindah bunga
di taman bak burung nan megah kanda ku puja bahagia kita berdua. Kedengaran
lagu Broery Marantika dan Sharifah Aini berkumandang di corong-corong mulut
mereka serentak. Maka Mot membawa Lat berjumpa dengan ahlil ekspedisi lain. Mereka
semua kelihatan resah dan gabra apabila Mot buat gila bawak orang asli mana mai
jumpa dah gaya macam seorang anak pompuan bawak jantan tak bejenih mai jumpa
mak pak sebab nak mintak restu beromen di tepi pantai yang indah ku duduk
sa-orang diri. Maka pendek kata setelah sembang sikit-sikit sambil bertukar
tweethandle di laman MukaLima dan memecahkan ais antara sama sendiri maka depa
pun dah rapat sikit dengan Lat. Lat ajak depa pi setun di rumah beliau di
Kampung Orang Asli Lobo (KOAL) yang terletak lebih kurang sesuku batu nautika
dari tempat persemayaman sementara mereka. Sambil berjalan mereka juga
membincangkan betapa tidak lulznya LNJ Parody, Cinta Muka Bulu, overrated 9gag,
luahan hati seorang 4chan fag, politik Twitter, pembesar twitter yang macam
celaka dumbfuck mohon RT dia punya tweet 1000 kali, scene #occupytwitterjaya
yang nampak kool, trendy & marhaen yang akan membantu golongan proletariat
& sebagainya. Setelah sampai di KOAL mereka jumpa tok ketua blab la bla
sembang-sembang minum ayaq ketum. Tok ketua dengaq masalah depa jadi pendek
cerita dia setuju la nak cari member depa ni. Tok ketua habaq kata esok la
start, sebab dia kata malam ni dia pun nak jadi mat cerita macam mat Rendi
jugak.
Makanya pada malam itu tok ketua telah
menceritakan satu cerita 20 tahun dulu masa tok ketua muda ranggi dan pengikut
metulz yang trve, kampung depa aman damai tanpa sebarang kacau dari gangguan
manusia, pokemon, puaka, digimon, mutan, kaijin, raksasa, alien, pendatang
asing, gangster, pekida, anwar ibrahim, model mongolia dan etc. Tapi pada satu
hari ada orang kampung dok buat gila bila anak dia hilang masa main aci ligan
dekat hutan tu sambil menunggang fixie. Depa semua cuak tak sangga. Masa tu tok
ketua ni protege dan juga bakal imam kampung tu. Pak dia ialah ketua kampung sebelum
dia. Kira depa pun adakan mesyuarat agong. Mesyuarat agong orang asli ni kata
tok ketua tak macam mesyuarat agong UMNO, tak buat kat PWTC, takdak liputan
meluas media yang keluaq tiap-tiap hari dekat Guillotine Utama dan takdak drama
sedih melankolia cinta kosmik tara Ombak Rindu. Jadi depa pun setuju la nak
cari anak yang hilang tu. Pak dia ni imam tua dan juga memiliki ilmu magik
berkat belajaq dengan Ustaz Idrus dulu masa dia mengaji dekat UTP. Jadi depa
pun buat satu skuad pencari dan mencari sampai di dalam jaga ku tercari-cari di
dalam tidur termimpi-mimpi siapakah gadis misteri ku mencari-cari adakah dikau
kini rasa yang ku rasai ku menaruh harapan kita ditemukan. Tapi depa gagal. Oleh
itu, depa pakat ramai-ramai buat solat hajat maka ditakdirkan tok ketua mimpi
ada orang tua yang gaya macam mat trve janggut panjang gaya A. Samad Said atau
Gandalf mai dekat dia. Kita namakan orang tua tu Mat Gandalf (MG) dan pak tok
ketua tu Frodo (Fro). Inilah siri bercakap dengan tok trve.
Fro : Nie capew?
MG : Tittew lew owunk yg jagew pokoq
tua dekat tepi kampunk niew
Fro : Yew kew?
MG : Yew lew, ta cayew kew? hiq hiq
hiq
Fro : Cebub pew tittew na cayew kat
awaq?
MG : Cebab mukew tittew maciam A.
Camat Caid. Hiq hiq hiq
Fro : Ottei, ottei. Tittew na tanyew
boleyh ta?
MG : Boleyh jew. Tittew memunk cukew
bilew owunk tanyew kat tittew. Cikgu tittew cakap baguz untukz otaq. Hiq hiq
hiq
Fro : Awaq kew yunk amiq budaq tue?
MG : Owh, budaq tue kew? Tittew adew
jagew diew. Tittew na diew cangat-cangat. Boleyh kew tittew jagew diew? Diew ni
tomey ea. Hiq hiq hiq
Fro : Awaq, awaq ta baek tawu amik
anaq owunk. Nanty Tuhan maghah nanty. Mohon bertaubat.
MG : Ottei, ottei tittew pahamz.
Nanty tittew bagy baliq. Tapy lepash tittew bagy tittew na awaq perform
dance-dance sakura depan wumah tittew, ottei?
Fro : Mmm,kay
Maka dipendekkan cerita setelah depa
bersembang gaya Kim Jong Ill bersembang dengan Mahathir maka satu persetujuan
telah diadakan bahawasanya budak yang dicari tu akan dikembalikan dengan syarat
orang kampung kena perform depan pokok tu tiap-tiap bulan mengambang. Mula-mula
Frodo rasa macam tak syok sebab sebagai bekas juara Imam Muda sudah tentu benda
macam ni syirik khurafat laknat yahudi zionis zoroastronis babilonis paganis
animismis mykakis. Tapi ini demi keselamatan anak buah maka dia pun shake hand
gaya dua orang ayahanda bersalam. Maka itu esok malam budak tu keluar dari
perdu pokok kembali ke pangkuan keluarga gaya macam baru lepas bertemu di
rancangan Jejak Rabbi di TV3. Maka setelah itu tarian pun dijalankan. Oleh
sebab A.Samad Said versi Tanya Sama Pokok tak habaq nak tarian apa, maka tok
ketua minta mat shuffle bershuffle menyebabkan orang tua tu marah. Diakenabeb!
Dia ingat kalau dia bagi budak tu keluaq awai mana tau kot budak tu perform
sekali. Dia harapkan tarian klasik tradisional melayu macam ulit mayang ka,
canggung ka. Sekali keluaq shuffle. Dah la orang tua ni jenih mengagungkan
kisah lama seperti mat bola team mana tah dok harap boleh menang lagi. Dia rasa
tertipu, diberi harapan palsu oleh tok ketua. Dia rasa dirinya seakan Maya
Karin yang jadi belen muslimah dalam Ombak Rindu yang bodo nak mampuih boleh
percaya cakap pak sedara dia kata pi tapi kena juai jadi pelacur. Bodo bodo
bodo.
Maka orang tua tu rage dekat 9gag dan
juga dekat kampung tu. Dia terbit merupakan bentuk asalnya iaitu Hazama Tanya
Sama Pokok versi Gandalf. Orang kampung lari bertempiaran. Ada yang dirasuk,
histeria, dan segala benda cliche yang anda tonton dalam cerita seram melayu. Ada
sorang kena sampuk sampaikan dari jadi mat metulz teruih tukaq minat K-pop. Ya
adik-adik, puaka memang suka K-pop. Toksah dengaq K-pop. Ada juga kena
tweetjack dengan mengaku menjadi belen yang trve. Ada juga kena attack dengan
gaysec di blog-blog dan halaman yang sekufu dengannya. Dah oleh itu untuk kasi
settle benda maka satu pertemuan antarabangsa dijalankan antara Frodo dengan
Mat Gandalf. Segala rang undang-undang, terms and condition, alibi la, modus
operandi la, modus mat rendi la, etc et al dalam kontrak mereka diteliti dan
nyata salah orang tua tu sendiri setelah kes ini dibawa bicara di Mahkamah
Tinggi Mordor. Makanya orang tua tu bersetuju untuk menghentikan kacau bilau
dengan syarat orang kampung jangan dok pi kacau tempat dia menyetun. Jadi semua
benda dah settle takat tu selepas dia sain agreement dan tender kontrak dengan
kerajaan untuk jadi pengundi hantu. Orang tua itu juga dikenali sebagai
PENUNGGU ... GUNUNG ... atau dalam kata lain jin tanah, puaka pokok, Gengar,
Hollow, Binatang Berekor 9, LuQiee mat delusional. Untuk mengelakkan dari orang
kampung dari terlupa, maka Frodo sudah memagari pokok itu agar tidak kelihatan
dek manusia kampung itu tapi dia lupa letak warning sign dekat pokok-pokok
berdekatan menyebabkan Ren telah menjadi habuan puaka itu pada hari itu.
Untuk melepaskan Ren dari pokok itu,
tok ketua sekarang terpaksa memanggil member dia dari kampung seberang iaitu
Kampung Banana seorang ahlil perubatan tradisional dan juga bekas cikgu muzik
iaitu Tok Kun. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Melodi, Tok Kun berkata dia
bukan terer takat mana pun tapi kepowerannya terserlah bila orang kampung habaq
dekat wartawan Mastika kata dia pernah tolong Hokage Pertama menumpaskan Musang
Ekoq 9 masa lawan dgn Madara dan juga dia pernah menolong Gohan menumpaskan
Cell. Cerita-cerita dia ada dimuatkan dalam buku siri Tamar Jalis iaitu Siri
Bercakap Dengan Jeans yang popular di sekitar tahun 80 dan 90an. Sila beli. Pada
mulanya Tok Kun keberatan ala-ala adik manja kerana budak-budak ekspedisi tu
panggil dia bomoh. Dia tak suka orang panggil dia bomoh. Dia takmau
disamatarafkan dengan bomoh gelang magnet yang pernah jadi pengacara program
Maharaju Lawak Bodo Tahap Mega. Dalam hati dia rasa boleh makan ni mau dia
rimbuk budak-budak ni tapi oleh sebab depa ni dalam kesusahan jadi sebagai
seorang muslim yang sejati dia pun tolong atas dasar saudara seislam. Maka depa
pun pi kat pokok tu. Geng-geng ekspedisi ni cuak sebab dok ingat cerita tok
ketua semalam. Tok kun hisap rokok Surya rilek sambil menepuk batang pokok tu
sambil membaca ayat2 dalam buku Doraemon jilid 31 tentang mesin cahaya masa
yang rosak kena sapu dengan Gian. Lagu Tanya Sama Pokok berkumandang menandakan
waktu untuk tengok Akademi Fantaghiro.
Tiba-tiba, langit bergempita, dari
cerah menjadi malam, dari sunyi menjadi hingar, angin bertiup kuat tak sangga
sampaikan yang gemuk boleh melayang, yang keding hilang. Geng-geng ekspedisi ni
cuak sambil mulut berkumat kamit membaca doa makan dan penerang hati tu pun pasai
cuak, doa pa semua bantai. Ada jugak yang tutup mata tak kurang ada yang yang
tutup hidung sebab ada orang kentut bau teloq dengan petai. Suasana masa tu
tegang dengan Tok Kun "berlawan" secara batin dengan penunggu pokok
tu di alam maya menggunakan jentera pilihanraya Barisan Nasional Klasik FM. Agak
lama jugak lebih kurang dalam sedepa perjalanan, jadi akhirnya suasana jadi damai,
burung2 berkicauan, pohon nyiur pun melambai suara alam mendayu menyanyikan
lagu ku bagai hati yang pilu yang merayu. Semua jadi normal sehingga tiba-tiba
jadi gelap balik. “Ish orang tua ni, tobat tak bayaq bil letrik” kata tok
ketua, cuba buat lawak bodo padahai dah terkencing dalam seluaq akibat tak
sangga punya takut. Dari perdu pokok muncul asap putih, mungkin itu karbon
dioksida yang tersejat akibat penggunaan ais kering oleh penunggu pokok dan
lagu Eye of the Tiger nyanyian kugiran Survivor mula berkumandang menandakan
waktu puaka mula terbit. Jeng jeng jeng jeng jeng lepas itu diikuti dengan
background muzik lagu Michael Jackson - Thriller. Maka setelah persembahan yang
mantap itu settle maka tok kun dan puaka tu merenung.
Dari pihak Tok Kun pula muzik I Will
Survive mula berkumandang sambil penari latar mageshkar menari dan
mendendangkan irama merdu member kata semangat kepada Tok Kun. Dari jauh jelas
raut wajah puaka itu tak ubah seperti Gandalf atau A. Samad Said kena serang
asid. Rambutnya putih mengurai dari ubun sampai ke kaki nampak licin. “Syampu
apa agaknya dia pakai? syampu bawang? baby johnson?” Pemikiran bodoh Met mula
terhenti bila dia terdengar puaka dan Tok Kun berbicara. Sukar untuk difahami
tapi yang jelas puaka itu emo menyuruh mereka blah kerana dia sudah dapat
habuannya. Tok Kun tidak putus asa cuba berunding sampailah puaka tu kurang
ajaq dengan kuasa telekinetik ala-ala Sylar dalam Heroes dia tenggalong Tok Kun
dengan batang kayu. Tok Kun tepis menggunakan Pencak Kepak Rajagopal. Puaka itu
tak puas hati, dia cuba gunakan kuasa bebola api dengan menumpukan pusat
tenaganya di pusat sambil menyanyikan lagu Bola-bola Api Achik Spin dan Nana
Span. Tok Kun pula kelihatan bersiap siaga dengan kekuda untuk melancarkan Ilmu
Pendinding Api yang dipelajarinya ketika berkhidmat dengan Bill Pagaq di
Amarika suatu ketika dulu.
Ternyata ilmu bola api itu dapat
ditepis dengan mudah oleh Tok Kun. Namun itu cumalah muslihat puaka itu untuk
UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia sambil menajamkan kukunya, menggunakan
pencak Tumbukan Ryu Ken. Tok Kun tidak sempat mengelak maka termakan bias pencak
itu. Batuk kering jugak orang tua tu. Kesian, terpacul dari bibir Mot. Tok Kun
yang tadi terbaring mula bangun semula gaya Rajnikahn sambil memusingkan
jarinya meniru filem star yang agung itu. Tok Kun mulakan dengan Bismillah
diikuti dengan Alhamdulillah lalu memusatkan tenaga batinnya di seluruh badan
menandakan masuk waktu bagi beliau berubah menjadi Super Saiya Ketiga. Serentak
dengan itu puaka itu membaca Mantera Semerah Padi nyanyian M. Nasir bersama
kugiran Spider sambil menari tarian inang tapi kakinya tershuffle-shuffle pula.
Tok Kun kini gemilang itu semakin pasti ku genggam dengan aura emas dan rambut
yang mencacak panjang mencecah muka bumi. Tok Kun guna ilmu gelombang pemusnah.
Puaka itu sedut gelombang itu dengan bantuan pencak Ilmu Siput Sedut Menyedut
Sedutan Filem Razak Muhyidin dan memanipulasikan tenaga dari gelombang itu
menjadi satu bola besar lalu menghentam Tok Kun. Tepat kena pada Tok Kun. Namun
orang tua itu ilmu berisi di dada. Dia gunakan gerakan sejenak, berjaya
teleport ke belakang puaka lalu dia kepit tangan puaka dan menjatuhkannya.
Akhirnya puaka itu tap sebab tak
tahan. Referee terpa ke Tok Kun dan julang dia sebagai juara manakala puaka itu
pula mengaku kalah dan akan melepaskan Ren tapi dia tak mengaku la Tok Kun tu
abiang dia macam cerita Warrior lakonan Tom Hardy dengan sapa tah. Setelah Ren
dilepaskan, puaka itu lenyap. Tapi not for long .... Tiba-tiba Ren dirasuk,
berkelakuan seperti belen nak beranak. Met tension, cerita ni dah tunggang
terbalik, tak habih-habih lagi, dia nak tidoq, tapi desakan follower
menyebabkan Met sambung lagi cerita ini. Tok Kun dah bengang. Tanpa berlengah
masa dia terawang-awang dia tengah udara menggunakan ilmu Apung Si Katak Apung sambil
berkumat kamit membaca serapah. Begini bunyinya
"Hei alam seteru ku seru tenaga
dari zahir ku catur ilmu dari batin. Mari berganding denganku bertumbuk berkepal
menjadi satu. Satu itu Satu Malaysia. Satu itu Dato Najib berikan. Satu itu
lagu Dewa 19 yang lama. Satu itu nombor bini aku yang lari hari tu. Satu itu satulah
nak habaq apa lagi dah-dah bok mai tenaga sat aku pinjam satni aku bayaq balik
pakai PTPTN"
Dan Tok Kun julang tangannya ke
udara. Semua orang dengar telepati mentera Tok Kun. Semua penduduk Bumi angkat
tangan tanpa perlu disuruh bagai kuda tunggangan pihak pembangkang. Tok ketua
dan geng-geng ekspedisi angkat jugak sebab depa ni mat bandwagon. Maka semua
lemah longlai terus. Tiba-tiba di tangan Tok Kun terbentuk satu bola tenaga
besar berwarna biru. Setelah padat isinya Tok Kun lemparkan bola itu ke arah
pokok tua itu dengan jeritan “HNNNNNNNGGGGGHHHHHHHHH”. Boom! Kepak kepak keboom
boom! Kepak kepak keboom boom! Bunyi paluan kompang. Satu letupan kuat sekuat
bom atum Hiroshima dan Kokdiang mula kedengaran. Awan cendawan membentuk. Lagu
Awan Nano berkumandang sambil kelihatan Hafiz mat afro sedang berlari-lari di
pantai ditiup angin maka rambutnya mengerbang macam sarang tebuan diserang geng
troll Yahudi Celup.
"Begitulah cerita saya" kata Met, semasa memberi
ceramah tentang khasiat gelang magnet di seminar Multi Level Mohong anjuran Dato
AC Mizal di Menara Laksa.
No comments:
Post a Comment